Saturday, August 14, 2010

PENGENALAN MOTIVASI DIRI (206758)

Motivasi diri adalah satu kemampuan untuk memotivasi diri kita tanpa memerlukan bantuan orang lain. Ini bermaksud kita memiliki kemampuan untuk mendapatkan alasan atau dorongan untuk bertindak tanpa bantuan orang lain. Motivasi juga adalah suatu mangkin yang dapat menimbulkan kegigihan dan keinginan kita untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang diingini serta diyakini boleh dicapai. Apabila kita betul-betul ingin membuat sesuatu untuk mencapai matlamat pada masa depan maka kemalasan dan ketakutan bukan lagi sebagai halangan untuk mencapai kejayaan

AMALAN DALAM KEHIDUPAN (207233)


Motivasi amalan kehidupan dapat kita mempelajari dengan berkongsi pengalaman hidup orang lain yang mempunyai latar kehidupan yang berbeza. Berkongsi pengalaman hidup orang lain dapat dijadikan sebagai nilai tambah kepada kehidupan kita. Dalam kehidupan, kita sering berbangga dengan kejayaaan-kejayaan besar. Disamping itu, kita harus sedarilah ada banyak perkara kecil yang kita terlupa memberikan penghargaan disebalik kejayaan kita.

MEMBINA IMEJ DIRI (207273)

Imej diri terbentuk daripada kepercayaan kita terhadap diri kita sendiri. Imej diri menggambarkan personaliti dan sahsiah diri kita. Kebanyakkan daripada kepercayaan mengenai diri kita sebenarnya terjadi tanpa kita sedari yang hasil daripada pengalaman, masa lampau, kejayaan dan kegagalan, penghinaan dan kebanggaan serta reaksi orang lain. Kita boleh membina imej diri yang positif dengan menyatupadukan segala aspek diri yang positif dan mengambil kira pendapat orang lain dalam proses untuk mencapai kejayaan.

MERANCANG KEHIDUPAN DIRI UNTUK BERJAYA (204425)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa matlamat adalah penting untuk mencapai kejayaan. Dengan mempunyai matlamat, kita dapat mengetahui hala tuju kita. Kita perlu merancang kehidupan diri dengan jelas dan betul sebelum berusaha untuk mencapai kejayaan. Hal ini disebabkan perancangan kehidupan yang baik akan menjadi pendorong dan kita akan lebih gigih dalam membuat sesuatu perkara. Justeru, perancangan kehidupan yang baik akan menjadi faktor motivasi dan membuka jalan kepada kita untuk berjaya.

MENDAPATKAN ILMU (206805)

Ilmu adalah segala pengetahuan yang perlu dicari dan dipraktiskan untuk mencapai kejayaan. Cara-cara untuk mencari ilmu yang efektif dan efisien perlu diambil. Pertama, melalui bahan bacaan. Selain daripada buku teks yang diajar oleh pensyarah dalam kelas, kita juga boleh membaca bahan bacaan lain yang bermanfaat. Seterusnya, kita boleh bertanya kepada pakar yang berjaya dan ini adalah cara terpantas dalam mencari ilmu. Kita juga boleh menyertai seminar dan kursus untuk menghisap pengalaman mereka supaya dapat mencapai motivasi diri dalam kejayaan.

BERFIKIRAN POSITIF (207228)

Berfikiran positif ialah seseorang sentiasa berfikir secara baik terhadap semua perkara. Cara kita fikir akan mempengaruhi emosi dan tindakan kita lalu mempengaruhi pencapaian kita. Contoh: jika individu berfikir dia mampu melakukan sesuatu, maka dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diingini. Kebaikannya ialah perkara menjadi mudah dilakukan , masalah menjadi peluang, dan masa depan akan menjadi lebih baik.

SIKAP BERTANGGUNGJAWAB (207202)

Sikap bertanggungjawab lahir secara automatik dalam diri seseorang. Seseorang yang bertanggungjawab akan memainkan peranannya dan bertindak tanpa menunggu arahan ke arah mencapai kejayaan. Seseorang akan menjadi lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang baik. Sikap bertanggungjawab juga akan mendorong seseorang menjadi lebih bermotivasi dan berdisiplin untuk mencapai kejayaan.

MEMBINA KEYAKINAN DIRI (193513)

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan boleh mengendalikan kehidupan dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Untuk mengatasi masalah rasa tidak yakin bercakap di hadapan khalayak ramai, kami boleh memperbaiki kemahiran komunikasi dan amalkan komunikasi secara efektif serta perlu amalkan selalu. Untuk bertindak dengan keyakinan, cubalah senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kami berkomunikasi. Kami boleh bergaul dengan rakan yang baik supaya kami boleh belajar bagaimana dia boleh berjaya dari aspek perancangan, azam, kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh kami jadikan panduan untuk membina keyakinan diri.

PENGURUSAN MASA DENGAN EFEKTIF (204220)

Apabila hendak membuat sesuatu perkara, kita hendaklah menyusun masa dan membahagikan kerja mengikut keutamaan. Contohnya, kami perlu menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada hari esok dulu baru kami membuat tugasan yang perlu dihantar pada minggu depan. Apabila sesuatu kerja telah dipesan, adalah wajar kami menyiapkannya secepat mungkin. Tanpa menangguhkan sesuatu kerja, kita dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan boleh menggunakan masa yang selebihnya ke atas urusan lain.

BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN (206774)

Dalam kehidupan harian kita ada banyak cabaran atau masalah yang sedang menanti kita. Apabila seseorang menghadapi cabaran atau masalah, janganlah beremosi dan jangan elakkan diri daripada cabaran atau masalah tersebut. Maka dia perlu tenangkan fikiran dan kawal diri sendiri untuk mencari jalan supaya cabaran atau masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Contoh, boleh dapatkan pendapat daripada orang lain sama ada ibu bapa, adik-beradik, kawan, guru dan sebagainya.